Sunday 27 March 2011

:: hati berbunga-bunga riang...ngeee::

Posted by heyitsme_iedah at 02:38
deeeyy laaa,sumpah manis sungguh senyuman dia...memang boleh cair laaa macam ketul ais yang dibiarkan cair kat bawah matahari....auuwww~~~
oOouww~~~~

walaupun agak dekat jugak tadi kan tapi tak boleh nak salam dengan beliau atas sebab-sebab tertentu..errmm,takpalahhhh..it's ok n it's alright kan..

sumpah muka dia memang perrrgghh hensem weeyyy...tapi bagi aku la kan sebab hensem bagi setiap orang adalah berbeza-beza..hensem tu kan subjektif...tapi tadi kan sempat jugak matanya menjeling ke arah ku ni dan kami sempat berbalas-balas senyuman..keh33*perasan nak mampos la ko,bajet dia senyum kt ko la kn*

arrgghhh,pedulik hapa aku..yang penting senyuman dia cukup menawan hati aku..keh33

akhirnyer u,kita bertemu jugak walaupun tak dapat bergambar sekali tapi kita dapat berbalas senyuman dan jelingan mata yang maut itu kan..*dey,perasan lagi ko*

sememangya puas hati la tadi walaupun ada insiden yang menyakitkan hati dan mata memandang berlaku sepanjang konsert tu berlangsung kan...tapi semua tu tak menghalang kita tuk berkomunikasi walaupun hanya dengan jelingan mata dan senyuman.*oOoo,boleh mati sebab terlalu terpersaaan ni*

dengan pertemuan tadi maka tunailah mimpi i nak jumpa u..keh33

itu tandanyer bahawasanya kita ada jodoh la u..jangan risau andai kata jodoh kita kuat maka kita akan jumpa lagi u..sehingga kita ketemu lagi di lain waktu okehh..
together-gether..hehehe

dahh mau tito sulaahhh,mata sudah ngantuk mehhh...pipi sudah cekang plus tegang sebab penat bergelak ketawa sepanjang konsert berlangsung tadi disebabkan jozan punyer pasal..but,konsert tu memang best...jozan memang terbaek dari ladang beb..
ada kaitan kan..hehe
"eeeemmmmmmmbun pun takkan mampu",sempat lagi korang menghanjing beliauuww ekkk..keh33



p/s:tak boleh berenti senyum lagi...tido pun dalam senyuman jugak..heheheh

Sunday 20 March 2011

:: perut tengah buat konsert sekarang!! ::

Posted by heyitsme_iedah at 22:52
krrooott krrooooot kruuuuttt...*bunyik perut aku*

adeeeehh,pasai apa la dia dok buat konsert pula ni...
padahai dah makan dah petang tadi kat kenduri...

agaknyer sebab aku makan sikit jer kot tadi...
terbantut selera aku bila nasi yang aku makan tadi xberapa nak masak..
ada kruup kruupp,macam makan kacang...=,="

so,terpaksa la makan megi...
megi pun megi la...

aku makan megi time tengah darurat jer...
darurat cara aku la kan...
megi ni tergolong dalam spesis makanan time darurat aku...

serius aku tak berapa nak into sangat dengan megi dan seangkatan dengannyer..
bukan apa,sebab bila aku makan megi kan perut aku tak berapa nak terima sangat..
mula la sakit perut esok paginyer tu...
mula la aku dok berebut toilet dengan orang lain...
perut aku tak boleh nak terima makanan jenis lagu nih kot..

banyak jugaklah makanan yang tergolong dalam spesis makanan darurat aku...
bukan mengada-ngada tak mau makan tapi....
perut aku akan buat hal lepas tuhh..
tak perut aku tekak aku buat hal..
baru jer telan mula la nak terkeluaq balik...

mak aku kata aku ni jenis payah sikit pasai makan..
kalau nak pi umah orang susah...
orang kena take nota benda apa yang aku makan and tak...
mak aku kata lagi,nanti kawin lagi susah..
husband aku,ehh bukan bakal husband aku kena take nota awal-awal..
poning palo den ni haa....@_@

bukan salah aku tapi perut and tekak aku tak boleh terima..
nak buat macam mana...=,="


p/s: darurat disini adalah darurat yg merujuk kepada kamus bahasa aku sdn bhd..okeehh..bakal suami take note ok ;p

:: mimpi ::

Posted by heyitsme_iedah at 21:05
okeehh,malam tadi kan aku tido kan...
pastu bila tido mesti aku akan mimpi..

tapi..

mimpi malam tadi buat aku otak aku dok asyik pikir banyak33 kali...
taktau kenapa...

mungkin sebab....

orang yang aku mimpi malam tadi tu seperti tak diduga akan buat macam tu kat aku..*cm drama la pulak*
aku sentap sampai sekarang...=,="


mimpi hanyalah mimpi...
orang kata mimpi hanyalah mainan tido tak mungkin akan jadi kenyataan...
tapi kalau jadi kenyataan pun ianya hanyalah kebetulan sahaja...

mak aku kata mimpi ni kadang-kadang betul,kadang-kadang tak betul..
kalau mimpi buruk,cuba tafsirkan secara terbalik...
tapi jangan percaya sangatlah sebab ianya hanya tuk suka-suka jer..
mak aku yang kata,mungkin tuk sedapkan hati aku yang dok bengong ni..=,="

takpalah,aku hanya berserah jer laahh...
kalau betul,tempuhi dengan tabah dan redha..
kalau tak betul, alhamdullilah...;p


p/s:dreams come true..apa kaitan,memang takdak pooonn...;p

:: penyakit kebiasaan ::

Posted by heyitsme_iedah at 20:46
aku ada penyakit kebiasaan aku yang aku payah sungguh kan buang...
penyakit ni aku perasan dari dulu lagi...
salah satu penyakit kebiasaan aku bila bercakap ialah mesti akan ada "kan" dalam setiap ayat aku..
aku taktau kenapa,tapi "kan" tu macam dah jadi penyedap ayat aku bila bercakap..

sama lah jugak cam kes upin ipin kan,dorang suka cakap "betul,betul,betul"..
aku pulak "kan,kan,kan"...=,="

aku terperasan penyakit ni bila kawan aku tegor aku time aku dok syokk cakap..
dia kata,"amboi makcik,banyak sungguh kan hang tuhhh.tak boleh kurang sikit poonn"

bila dia tegor camtu terus aku pun jadi diam sat,tapi tak sampai 10 saat aku sambung balik bergebang..hehee

bagi aku kalau takdak "kan" dalam ayat bila bercakap rasa cam tak lengkap hidup aku..;p
rasa macam serba kekurangan la pulak...*poyozz betul*



p/s:penyakit kebiasaan lain aku rungkaikan dalam entri yang akan datang...nantikan..*bajet orang nk amik tau*

Thursday 17 March 2011

:: eemmm,saya tak pakai la..::

Posted by heyitsme_iedah at 22:16
errmm,tadi kan ada lagi sorang booss ni kan..dia ni selalu dok bercakap-cakap dengan aku,dok usik-usik aku...mula-mula aku rimas plus takut jugaklah dengan cara dia ni tapi lama-lama aku dah pandai sikit nak handle orang yang macam dia ni...heheehe

macam biasalahh kan dia aku tegur aku plus tengok aku sampai aku akan bersuara la kan...then tadi dia cakap lah kat aku macam ni....

Boss tu : "eh eh,awak pakai maskara ker.."


aku : "eh eh mana ada la en........,saya tak pakai pun lahh"


Boss tu : "nampak macam awak pakai maskara jer..."


aku : "eh eh, taklahh saya tak pakai la..maskara pun takdak macam mana nak pakai..lagipun saya tak reti nak pakai maskara dan seangkatan dengannyer"


Boss tu : "oOOoo" *sambil jalan dok kt tempat dia*
i pakai maskara uuu~~
aku pun pelik tang mana la yang nampak aku punyer bulu mata ni macam pakai maskara...ni ori-gi-nal punyer meehhh,tak main la taruk maskara...hahahahhaha

gua tak berani meehh taruk itu maskara ka celak ker kat mata gua..gua seriaauuuuwww....takut cocok mata..hahahaa..penyakit ni memang susah nak dibuang..selalu kena marah dengan mak n kakak plus adik aku sebab aku akan suruh dorang pakaikan celak tuk aku...

aku memang tak berani meehhh...dorang selalu bising bila la aku nak berani bubuh sendiri kat mata aku ni..bukan apa sebab time dorang bubuh celak kat mata aku pun mulut aku tak berenti dok bagi warning kat dorang "jangan cucuk mata aku,jangan bagi kena biji mata aku" and macam-macam lagi la....

aku taktau nanti aku kawin macam mana..time nak bersolek kat mata tu,perrggghhh tak dapat ku bayangkanlahh...

mak aku kata kena belajar jugak pakai,nanti senang..tapi nanti-nanti la aku belajar..tak sampai seru lagi la mak...hehehehhehehe

tgkla mata i cantik kn..ngeeee~~


p/s:nanti aku belajar yer...hehehe

:: apa saja laaaa ::

Posted by heyitsme_iedah at 21:32
ni lagu nostalgia ni...lagu zaman aku kecik-kecik..hahhahahaha,kalau tak silap aku la kan time ni aku baru sekolah rendah kot...betul ker tak ingatan aku pun taktau lahh..mungkin lebih muda dari tu rasanyer..heehehhe

pengaruh untuk minat KRU time kecik-kecik mestilah abang-abang aku..dorang memang banyak pengaruhi aku dari dulu sampai sekarang..hehehe...sebab tu la kot kawan-kawan aku selalu kata aku ni adik kesayangan...ntahhlaaahhh

sebab pengaruh kuat abang-abang aku beli kaset originial KRU then pasang lagu ni setiap masa buat aku tertarik nak dengar...mula-mula macam tak best tapi lama-lama ehh ehhh best la pulok..hehehe

kalau tak silap aku siap dorang kumpul poster KRU lagi..hehehe..selain KRU,banyak lagi artis yang dorang pengaruh aku dengan kakak aku minat...bukan takat artis jer tapi komik jepun,filem,bola...pendek kata macam-macam la...


p/s:aku suka sangat lagu ni..taktau kenapa tapi macam nak nangis jer bila dengar lagu ni...

:: email dari booss ::

Posted by heyitsme_iedah at 21:18
ok,aritu kan aku godek-godek la email kat micrsoft outlook aku tu...banyak la jugak email yang aku tak baca..malas sebenarnyer nak bukak email kt outlook sebab PC kat ofis tu selalu hang kalau bukak outlook..aku taktau kenap jadik camtu..pelik jugakkk..

belek punyer belek tiba-tiba aku ternampak satu dari "Encik BooS"..beliau merupakan boss aku kat tempat praktikal..hohoho,teruja plus gerun kejap sebab mana tau kot-kot dia email kat aku bagitau pasal keja kosong ker,dia bagi kerja kat aku ker by email..

then aku pun bukak la email tu...tengok isi dalam email tu tulis "DOA UNTUK ORANG YANG SEDANG BERCINTA"...gluurpp*telan air liur tak lepas*

terdiam kejap aku tak situ...terus aku minimize kan email tu,pastu pandang kiri kanan depan belakang takut ada orang nampak tak email tu..*ceit,mcm email tu rahsia kerajaan nk sorok2*

cuak kejap aku...apasal booss aku ni,tak pasal-pasal takdak angin takdak ribut send camtu kat aku..pastu aku bagi besarkn email tu,nak tengok sekali lagi betul ke tak apa yang aku tengok and baca..mana tau kot-kot aku salah baca pulak kan...

bukak sekali lagi tapi aku tertekan  double click...arrgghhh,sudaahhh..terus teropen lagi file yg booss aku attach tu..gluurpp

orang sebelah dah menjeling semacam jer..then aku pandang dengan pandangan tajam terus dia buat-buat tengok PC dia...padahal aku tau ko tengok PC aku,macam aku taktau mata ko tengok kat mana..dia mungkin excited terlebih sebab apa aku tak pasti...

arrgghh,abaikan dia..dia tak penting punn...hahahahhahaha..

berbalik pasal email tadi,so aku pun apa lagi klik close terus la tapi nak dijadikan citer kan..PC aku hang la pulak tap nasib sekejap jer...aku tekan bertubi-tubi rasanyer dekat sepuluh kali barulah dia close..fuuuhh,lega aku rasa...

baek jugak boss aku ni,bagi benda-benda camni...terima kasih boosss!!!insyallah saya bakal bertemu dengan jodoh saya tapi mungkin lambat lagi saya buat kenduri kawin sebab macam saya bagitau booss la kan lagi 5 tahun baru boleh kawin..heheheeheh..

tapi tu pun paling lambat la,paling cepat mungkin 3 atau 4 tahun lagii..heheheheh...


p/s: sharing doa means you are care about that person..hehhe

Monday 14 March 2011

:: Anda Makin Matang Bila...::

Posted by heyitsme_iedah at 19:55

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Sunday 13 March 2011

:: SORRY ::

Posted by heyitsme_iedah at 12:50

:: TOLONG...TERIMA KASIH ::

Posted by heyitsme_iedah at 12:43

"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
*****
Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.
"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.
"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?
Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.
Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"
Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"
Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.
Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?
Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.
Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."
Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."
Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.
Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!
Manners are not born with us, they are acquired.

Thursday 10 March 2011

:: satu sudah,lagi 2 akan menanti ::

Posted by heyitsme_iedah at 23:23
hahahhaha..tadi balik keje terus bergerak-gerak khas menuju ke Times Square tuk berebut tempat nak tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa...

akhirnyer,lepas berjalan dengan kadar yang agak laju..maka sampailah aku kat tempat yang di tunggu..hahaha,fuuhh nasib tak ramai orang..mungkin aku yang paling lambat kot..tengok-tengok seat pergghh sah tak lain dan tak bukan confirm MEMANG AKU LAMBAT!!!

dorang lagi cepat...tinggal seat yang depan yang kosong,yang port baek punyer memang dah penuhh...fuuhhh,nasib seat aku tak depan sangat kalau tak sure aku kena tengok nanti-nanti..tapi memang rezeki aku arini so,aku memang dapat seat...

termakbul jugak niat yang aku tanam dari tahun lepas nak tengok citer ni..heheheh,tercapai jugakk..

overall citer ni bagi aku memang hebat,terbaek plus aku memang kagum ada sorang anak melayu yang mampu buat filem yang macam ni hebat..bangga rasanyer..time tengok citer ni ada jugak aku tertanya-tanya betul ker ni citer yang Yusry buat..??

aku memang ikut segala perkembangan citer ni kat paper..apa-apa interview pasal citer ni selalu aku update..aku ada baca bertapa susahnyer Yusry nak buat citer ni dan hasilnya aku rasa memang Yusry akan berpuas hati...

memang tadi penuh satu panggung tengok citer ni...aku ada dengar orang cakap-cakap best sangat citer ni time nak jalan keluar dari panggung...

bagi pendapat aku,citer ni memang boleh membanggakan rakyat Malaysia plus dapat mengangkat martabat filem malaysia ke arah yang lebih tinggi...ini just pendapat aku la kn,aku tak tau pendapat orang lain..sebab masing-masing ada pendapat sendiri pasal citer ni...


apa-apa pun TAHNIAH BUAT KRU STUDIOS,NORMAN,EDRY,ESPECIALLY YUSRY AND HIS TEAMS PRODUCTION...

:: Sesuatu di luar jangkaan ::

Posted by heyitsme_iedah at 00:15
KERISAUAN YANG MELANDA....


AKU HARAP SEMUA NI AKAN BERAKHIR DENGAN SATU KEGEMBIRAAN...


MUNGKIN INI DUGAAN SEBELUM SEMUANYA TAMAT INSYALLAH TIDAK LAMA LAGI...


IA SALAH SATU UJIAN DAN CABARAN UNTUK AKU SEBELUM AKU MELANGKAH KE ALAM ATAU LEVEL YANG SETERUSNYA...


HANYA KESABARAN DAN FIKIRAN YANG MATANG DAN RASIONAL SERTA TENANG DAPAT MENCARI JALAN PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN INI...


DIHARAPKAN IANYA BERAKHIR DENGAN SELAMAT...


INSYALLAH,PENGAKHIRAN YANG SEMEMANGNYA DINANTIKAN....


AKU CUBA UNTUK MENGAWAL EMOSI DAN SEGALA PERASAAN YANG MUNGKIN ATAU MAMPU UNTUK MENJEJASKAN SEGALA KEPUTUSAN YANG BAKAL DILAKUKAN....




SEMOGA SEMUANYA BERAKHIR DENGAN JAYANYA...INSYALLAHH....

Wednesday 9 March 2011

:: HUG ::

Posted by heyitsme_iedah at 20:36
Pic

Monday 7 March 2011

:: Aku Ini Wanita Biasa ::

Posted by heyitsme_iedah at 21:50
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

 

sesuatu mengenai kehidupan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device