Saturday 2 April 2011

:: DOUBLE OF HAPPINESS ::

Posted by heyitsme_iedah at 11:41
alhamdullilah,everything is over..habis sudah tempoh aku praktikal iaitu selama 4 bulan...sepanjang 4 bulan tu,a lots of experienced that i'm learned and adapted in my daily life..it's was awesome because everybody were closed with each other likes family...

last day at UDA HOLDINGS BERHAD at bukit bintang was SUPERB!!! saat terakhir aku sebelum tempoh praktikal aku abis saat tu la yang terbaeekk..began for the boss until ordinary staff...memang terbaek...

seriously, i don't expect that i will get a lot of present from them...aku tak bajet dorang akan bagi hadiah bagai kat aku sebab siapalah aku kan,hanya budak praktikal jer kat situ...tapi jangkaan aku tersangat-sangat meleset sama sekali...

permulaan kejutan adalah hari rabu which is boss aku merangkap assistant supervisor aku iaitu En Azhar(org yg selalu bg aku keje) panggil aku pagi tu lepas aku hantar task yang dia bagi sebelum balik semalam..nada suara dia slow jer tanya "tengahari nanti nak ikut tak g melawat panel bengkel kenderaan UDA kt kg baru and gombak??" tak sempat aku jawab dia tanya lagi, "awak tak ada keja kan??tak turun bawah kan tolong En Megat?sebab saya nak belanja makan ni lepas g melawat bengkel tu"

aku cuma jawab sambil senyum malu-malu kambing "takdak keja lagi pun buat masa ni lagipun En Megat panggil turun lagi,hehehee"..pastu En Azhar kata,"okeh kalau macam tu set pukul 11.30" cepat aku jawab,"amboi cepat benor,heheh" pastu bla bla bla...*panjang sangat aku dok bergebang dgn boss,hehe*

pastu hari khamis pulak kan,aku dapat tau awal pagi tu yang staff kat level aku which is tingkat 15 nak buat makan-makan khas untuk aku and kawan aku pasai kitorang dah nak abis LI kat situ..lepas jer baca doa pagi tu*baca doa adalah aktiviti wajib sebelum start keja kt UDA,part yg paling aku suka* aku dapat panggil chenta dari boss aku..eh eh silap bukan panggilan chenta tapi panggilan suruh turun buat keja dari boss muda aku..ceit,aku ingat dia kol nak upah aka belanja makan ke kan sebab aku tolong dia key in data P&C yang menimbun tu..dah la sebut nama aku asyik salah memanjang,padahal nama aku yang paling senang nak sebut..pelik aku dengan boss aku sorang nih..

aku pun turun dengan muka bosan+mata mengantuk sebab tak cukup tido..turun-turun nampak boss aku yang senget ni dok lambai-lambai kat aku macam orang tak jumpa kekasih hati 10 tahun,walaupun dia dok depan pintu GM aka General Manager HRM..sambil dok lambai-lambai tu mulut dia bercakap,"eh,eh adek pun ada sekali,haaai adek..kejap tau nak jumpa GM"..dahla cakap dengan nada yang kuat,suma orang pandang aku,aku yang malu,dia mula tembok..padahal dia yang panggil aku..issshhh~~

kitorang bajet bila dok bawah orang atas tak panggil la kan tuk jamuan tuk,ceit bengong punya alasan sebab dah nama pun jamuan tuk kitorang mestila dorang aku panggil kitorang naek and sanggup tunggu kitorang..hehe..

naek-naek jer terus kena panggil dok depan then panggil berucap,pergghh aku belasah jer berucap..keh33..lepas tu makaaann!!!tapi sebelum tu dapat hadiah lagi,besar punyer..dorang suruh buka sambil tu dorang dok kata "lepas ni dah tak payah bagi dah time hantaran.dah ada orang bagi"

aku dok pening-pening nih pun bukak laa, tengok-tengok...perrggghhh, HANDBAG!!jenama........... *bg aku mahal beg tu* terus aku rasa muka aku blushing...nak nangis pun ada..aku dengar dorang kata boss aku yang hadiahkan beg tu tapi kawan aku kata bukan boss dia yang beli..ntah,taktau mana betul..arggh,tu tak penting kan yang penting sure lepas nih mak aku jeles..hehehehe

the next day which is yesterday(jumaat),aku mai lambat then ada kakak kat ofis cakap kat aku,"nanti balik jumpa dia kejap".okeh aku ingat dia nak jumpa aku kali terakhir nak salam-salam kan...tapi bila jumpa aku time nak balik terus dia bagi bungkusan..aku nak nangis sekali lagi sebab memang aku tak bajet aku dapat hadiah lagi..lepas tu aku dapat mesej dari En Azhar,"sebelum balik jumpa saya" tapi aku diam tak balas...sibok dok siapkan report yang kena hantar plus dok asyik melawak dengan supervisor aku pasal antar kad bagai plus sibok dok reply emel boss unit aku sampai aku tak sedar waktu ofis dah nak abis...lepas tahu aku pun cepat-cepat reply emel En Ahmad yang ada pantu tu,ingat nak balas dengan pantun tapi time kelam kabut ni idea tak mai..lepas tu aku turun bawah jumpa boss laen pulak ucap good bye bagai tengok jam pukul 5.30!!alamak sudah aku lupa nak jumpa orang lain lagi..kat bawah pun tak abis lagi jumpa..perrgghh,En Megat and boss senget aku pun tak sempat nak jumpa...aiihh,nasib la..takut En Megat cari aku jer...sorilahh,banyak sangat pit stop..

naek atas arrgggh sudah KOSONG!!sure dorang tunggu tadi...alamak rasa bersalah suma ada..tak sempat jumpa herman*orang yang selalu gaduh2 dgn aku* nak mintak maap..gluurrpp

then jumpa En Azhar,aku dapat 1 beg UDA yang kecik tu..comel sangat and dalam dia ada envelop then aku nampak envelop tu ada corak duit yang aku cukup kenal..terus aku senyum then boss aku kata dalam tu ada sikit sumbangan..aku pun cakap,"terima kasih bla bla bla"

jumpa sorang lagi boss aku dapat buku yang pembalut plastik dia tak bukak lagi..keh33,aku malu tapi mahu..pastu time turun nak teman kawan aku submit report lalu dekat depan bilik GM iaitu En Syuhaimy aka senior aku kat UKM,then kitorang pun masuk dengan muka tak muka..

cakap dengan dia yang kitorang dah habis LI so,terima kasih bla bla bla..tuptup dia kata,"u all wait okeh,i nak g solat jap then i turun kita g lepak kat startbucks..asal tak jumpa i awal sikit kalau tak i belanja makan-makan kat Pavi tu".terkejut kucing kitorang sebab tak sangka,then dalam malu tu kitorang pun setuju and tunggu dia..hehehe

lepas dia abis solat,kitorang turun la kan g starbucks depan UDA tu..sembang-sembang*perbualan terpaksa dirahsiakan sebab P&C*

then balik around 8pm camtu,balik terus solat then on skype dengan mak aku..aku tunjuklah hadiah yang dorang bagi kat aku especially beg tu kan..hahaha,then aku bukak bungkusan yang kakak tu bagi terkejut tengok ada 2 helai tudung*senyum*..

lepas tu,aku bukak envelop yang En Azhar bagi then aku terkejut sangat..sebab aku ingat just sehelai jer duit tu tapi aku nampak 2 helai tapi lepas tu aku nampak lagi sehelai then aku tunjuk kat mak aku..yang envelop tu aku nak letak tepi..tapi bila aku nak letak tepi aku nampak ada lagi..aku keluarkan then total jadi 4 helai..gluurpp,terus muka aku merah,mata berair nak nangis..terkejut!!tak sangka dapat banyak tu..

memang rezeki terpijak ni...memang rezeki,ALHAMDULLILAH!!syukur sangat..speechless aku..aku memang tak harapkan apa-apa dari dorang dalam bentuk hadiah atau duit,aku just harapkan tunjuk ajar untuk jadikan diri aku lebih baik dan aku dapat belajar sesuatu sepanjang aku kat sana..

bak kata En Syuhaimy,"rezeki tu pemberian Allah dan patut dikongsi walaupun sedikit"..lagi satu "you give good things to people,you'll gets double" and now i believed what you've said..it's true En Syuhaimy...thanks a lot for all advice...

sebelum tu,dorang ada bagi hint sikit..dorang cakap "you'll gets something,it's like pre-hantaran..hahaha"..now, i understand what they means...thanks a lot for all this gifts and tunjuk ajar sepanjang saya ada kat UDA..i'm speechless..

insyallah kalau ada rezeki dan jodoh saya panjang dengan UDA,kita suma akan jumpa lagi...saya memang nak sangat bekerja dengan keluarga UDA,insyallah kalau ada rezeki dan jodoh panjang dapatlah..hehehe


p/s:rasa bersyukur sangat-sangat dengan apa yang diberikan dan aku akan hargai sumanya..alhamdullilah
 

sesuatu mengenai kehidupan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device