Saturday 28 May 2011

:: giler lama or lama giler ::

Posted by heyitsme_iedah at 23:45
helooo and as-salam..
perrgghhh,lama sangat-sangat tak meng"hupdate"kan belog ni *amboi teruk sungguh bahasa mung*...almaklumla,bila dok kat rumah memang jangan harap la aku nak meng"online"kan diri tuk tempoh yang lama,paling lama pun tak sampai 10 minit +/-..ditambah pula la dengan tahap kemalasan yang berada di tahap teratas sekali iaitu kemalasan tahap dewa..

apa-apa pun sekarang ni aku tengah sambung saki baki aka balance pengajian aku yang masih ada 3 unit lagi..tak macam kawan-kawan aku yang laen,yang mana dorang dah pun abiskan tempoh pengajian selama 3 tahun dengan jayanya..cuma nak tunggu konvo jer..mereka ini tergolong dalam golongan yang bernasib baek dan yang lebih bernasib baek adalah kawan-kawan aku yang sudah pun memulakan alam pekerjaan dengan begitu semangatnya sebaik sahaja mereka selepas praktikal aritu..

nasib yang baek menyebelahi mereka tersebut..namun,aku tak tergolong dalam golongan tersebut sebab aku kena sambung balik pengajian aku tuk abiskan sisa-sisa yang ada..takpala mungkin ini dugaan untuk aku kan,aku terima dengan rela hati dan mungkin siapa tau lepas jer aku abis shortsem ni aku akan dapat peluang yang lebih baek..aminnnnn,harap sebegitula...

sepatutnya aku pun turut serta dalam golongan yang aku sebut tu tapi di atas kesilapan teknikal yang aku rasakan 1000% *mak aihhh confident sungguh* bukan salah aku yang mengakibatkan aku terpaksa buat shortsem ni..semua ni berlaku akibat jadual aku yang sangat clash antara satu sama lain..memang nak menangis jugakla aku bila pikir berkemungkinan besar aku terpaksa meng"extend"kan diri ini semata-mata 1 jer subjek tak boleh amik..
study mode on
tapi berkat kesabaran aku dan jugak kesungguhan aku untuk think it in a very positive ways so aku pun dengan jayanyer berjaya jugak amik subjek ni walaupun terpaksa buat shortsem..huhuhu...mungkin ada hikmah sebalik ni..

so sekarang aku tengah melaluinya dengan hati yang sungguh gembira walaupunn......... hahahhahhaa..arrgghhh,pedulik kan semua perasaan yang negatif tu sebab buat sakit hati jer..serius memang bosan tahap dewa dewi la kan time shortsem ni sebab kelas aku cuma 2 kali seminggu..tu pun kalau kelas tak dibatalkan tapi kalau dibatalkan maka dengan ini terpaksalah aku melalui hari-hari yang penuh kebosanan...
kadang-kadang aku rasa macam nak lari balik rumah jer bila salah satu kelas aku tu cancel..bayangkan aku hanya ada 1 kelas jer untuk seminggu then hari laen aku FREEE!! memang bosan gua cakap sama lu beb tambah-tambah kawan rapat aku semua tengah buat praktikal and dorang memang tak dok kolej so memang berganda-ganda aku punyer bosan tu...

bila mak aku kol aku memang akan mengadu kat dia pasal benda ni tapi dia kata kalau dah rasa nak balik tu balik la sebab dia memang tau aku takdak kawan rapat kat sini,dorang semua tengah dok jadi orang berkerjaya sekarang ni..tapi bila pikir nak balik mesti pakai duit, so bila masuk bab duit time-time poket nak kering ni memang perit gak kan..pikir 1000 kali nak balik ke tak...

apa-apa pun aku harap sangat aku berjaya menempuh hari-hari yang mendatang dengan jayanyer..hehehehehe
cuba tuk happy mcm ni

p/s-->entry kali ni ada berbaur syok sendiri plus agak skema jugakkn..arggghh,lantakla ;p

Sunday 1 May 2011

:: orang baru ::

Posted by heyitsme_iedah at 22:35
waahh,rasanyer dah berkurun tak update blog...almaklum la bila dah ada kat rumah tu memang payah la nak online...sangat susah and paling kurang pun tak sampai 5 minit jer online pastu tertarik dengan aktiviti laen yang lebih menarik dari online..contoh tengok drama series kegemaran aku,lebih kurang macam balas dendam la lepas sekian lama tak tengok..memang kalau aku pegang remote control memang dok keja bukak citer tu dari pagi sampai ke tengah malam..tapi sebab mak aku ni jenis yang suka tengok tv so aku kena bagi laluan untuk beliau tengok citer kegemaran dia la...kirenye time petang start pukul 2 lebih sampai ke pukul 8 bersambung pulak malam lepas berita sampai pukul 11 atau 12 malam baru abis citer beliau...tapi kadang-kadang aku dengan beliau dok berselang-seli tengok citer,iklan jer cepat buka citer aku...almaklumlah tv kat rumah ada satu jer tak mampu nak beli banyak-banyak...

okeh,berbalik kepada tajuk asal,alhamdullilah tahun ni keluarga aku dikurniakan 2 orang ahli keluarga baru...sorang pada bulan 1 iaitu pada 21 Januari 2011 diberi nama Dhia Qhaisara binti Muhammad Asraf dilahirkan di HUKM merupakan anak kedua dan adek kepada Dhia Qhistina binti Muhammad Asraf..

:: Sara ::
:: Tina ::
selepas 4 bulan Sara lahir,Sara dapat sepupu baru iaitu Muhammad Dhani Jazlie bin Muhammad Baqtiar dilahirkan pada 26 April 2011 di HSAH,Sg Petani,Kedah...
  
:: dhani ::


ok tu saja..sekian terima kasih..hehehhehee

 

sesuatu mengenai kehidupan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device